Pages

Saturday, October 3, 2015

ARAHAN MIMPI (TASIK DAYANG BUNTING) (SIRI 3)

Dlm hujung tahun 2003, setelah saya d benar kan keluar cerita ini kpd umum terlebih dahulu saya berdiam diri d tasik Dayang Bunting.Dlm bulah 11 .Waktu tu disitu kemarau. Saya berdiam diri seorang diri .Berbekalkan ayer mineral dan biskut kering saja.Sebab d situ tak boleh bawa makanan berdarah.Ini kerana saya tunaukan apa yg dtg dlm mimpi saya.Itulah tempat yg pernah d diam oleh bapa Mahsuri,ibu dan kakaknya.Saya pergi dgn tumpang perahu pekerja syarikat yg urus tasik itu.Jam 5 ptg pekerja akan balik, tapi saya beritahu mereka bahawa tinggalkan saya d sini kerana ada perahu akan dtg ambil saya. Saya cakap begitu dgn tujuan mereka tak tahu bahawa saya akan bermalam d situ. 

Jadi tak ada siapa akan risau kerja gila ini dan bila jam 6 ptg keadaan di situ sudah gelap. Saya dah ada d tempat duduk siap dgn wuduk utk sembahyang maghrib dan isyak.Sebelum tu saya nyalakan api . 7. 30 pm ketika tu sudah cukop gelap. Waktu maghrib dah masuk.Saya memasang setangi ros 2 batang dan d cucuk di kiri dan kanan saya  dan terus sembahyang, berdoa. Saya memohon dari Allah sekiranya kerja saya benar janganlah adakan satu mahlok pun ganggu saya walau pun nyamuk dan agas,dan kalau sebaliknya saya rela d jemput Allah walau pun disini.

Minit berganti minit.Malam semakin gelap. Saya pula terlupa bawa lampu .suloh. Yang d bawa hanya lighter.Stangi pula kena d nyalakan teru hingga suboh.Selepas sembahyang  isyak, saya mula membetul tempat duduk. Saya meyandar d batu tinggi dan nipis sebab ketika itu saya sakit belakang.Setalah membaca surah-surah,doa dan saya mula berzikir tanpa henti. Ketika awal inilah saya mula d lawati oleh sejenis tupai berwarna kelabu. Saya dapat lihat kerana dia hampir dengan setangi.Bila dah gelap sangat sedikit cahaya pun sudah dapat lihat.

D belakang saya tasik  dengan bunyi ayernya yg menyeramkan dan d depan saya ada pokok balak, gua batu dan semak.Masa inilah saya teringat kalau apa-apa pun berlaku ,saya tak akan dapat lari kemana lagi,Lebih kurang jam 10 mlm,sebelah kanan saya terdengar bunyi seperti ular bergerak d atas daun kering. Makin lama makin hampir tapi ruoanya tak nampak .Zikir  diteruskan juga tanpa menghiraukan apa yg datang.Selepas beberapa minit bunyi itu sudah hilang entah kemana perginya. Pada saya ketika itu sedikit pun tak rasa takut dan risau. 

Selepas setengah jam bunyi tadi datang pula binatang serupa tupai tadi hampir dgn setangi beberapa saat dan terus berlalu.Ayer tasik pula semakin   kuat ombaknya. Aku teringat akan cerita org tua-tua tentang tasik itu tentang buaya putin dan kejadian seorang Jepun telah mati lemas.


Zikir d teruskan juga walaupun ada gangguan kecil. Malam semakin sunyi dan tiba-tiba terdengar kapal terbang melintas d atas kepala. Saya melihat jam d depan dah tepat jam 11 mlm. Setangi d bakar lagi guna menambah wangi yang sudah tentu wangian itu tak d sukai olih makhlok ghaib yg bukan Islam.D belakang tadi d iringi ombak tasik tiba-tiba muzik ombak itu semakin menurun bunyinya. Ini sunggoh meganggu konsentrasi saya waktu itu.Macam-macam terfikir dlm kepala apa pula akan dtg. Tapi dlm hati berkata dtglah apa pun tak akan saya tinggal tempat ini hingga suboh menjelang.Semakin sunyi."Eh apa benda tingginya ini, Assalamualaikom.Apakah kamu tahu tujuan aku di sini.Dia tak kata apa-apa .Hanya diam saja"AStaqfirullahhalazim........ Sesunggohnya kamu hak Allah dan juga kamu hakAllah.Saya tunduk kebawah dan tiba-tiba terdengar beliau melangkah masuk ke dlm gua batu itu.

Itulah penghulu kampong tempat saya berdiam. bergelar TOK>>. Dia adalah dari keturunan Jin Islam. Dia kenal kesemua keturunan Pandak Mayah termasuk saya. Dia ada memberi sesuatu kepada saya yg panjangnya 4 kaki, tapi saya tak ambil kerana niat asal saya bukan nak minta barang walau pun amat berharga. Kata saya pada dia simpanlah dulu. Jam d depan saya telah menunjuk 12 mlm. Saya berhenti dari berzikir kerana perut telah terasa lapar dan tekak telah terasa amat dahaga.Tangan kanan saya meraba-rapa kedalam beg hitam saya guna mencari biskut 4 persegi dan botol mineral water. Sambil makan biskut dan minum air, kepala saya mula memikirkan apa yg telah d alami dari jam 7 pm hingga 12 mlm. Fasa pertama telah d kira berjaya saya lalui walaupun dalam keadaan dada yg serba kekurangan ilmu-ilmu berkenaan.Dalam dok fikir-fikir tu tiba-tiba datang lagi tupai tadi dan menunjukkan rupanya yg berbulu gebu. Saya tak buat apa-apa hanya melihat saja. Tak berapa lama dia pun berlalu entah kemana.

Jam telah menunjukkan pukul 1 pagi.Fasa ke2 akan dimulakan.Diatas kepala saya terdengar suara kapal terbang lalu. Saya ter fikir apa pula yg akan berlaku antara jam 1 hingga jam 6 pagi . Tak apalah apa-apa pun saya sedia hadapi 
kerana Allahhussomad.Saya membuka bekas beras kunyit dan bersalawat sebanyak 3 kali dan tabur sekeliling tempat saya duduk. Ini bertujuan untuk mengelak dari d ganggu oleh apa-apa yg tak elok .Alfatihah d baca ,d ikuti doa-doa termasuk doa Aliklas dan doa Nubuwwah dan surah- surah tertentu dan lepas tu d ikuti dgn zikir serta d iringgi dgn wangian bunga melor dari setangi yg d bakar.Suasana sunyi sepi. Ayer tasik tak pula berombak. Saya terasa pelik dan makin pelik. Jam teru bergerak .Saya dah berzikir hampir 2 jam dlm fasa ke2.

Keadaan semakin kusyuk .Saya terasa tidak duduk d atas tanah . Saya  raya melayang-layang dan bergerak kebelakang ia itu kearah tasik dan melihat lihat kedalam tasik yang tenang itu. Rasa nak berjalan saya d atas air itu .Hidung mula menghidu berbagai-bagai wangiwangian. Indahnya bagai d surga. Allah huakhbar, engkaulah pengcipta yg maha agong. Yaallah biarlah aku dapat melihat ciptaan  mu ini dgn jelas .Tingginya. Putehnya. Cantiknya. Mata sebesar cawan kopi.Hidungnya panjang spr Buaya Afrika.Sisiknya putih,bersih dan tersusun.Tangannya baru d atas air sudah tinggi setinggi tiang letrik. Matanya merah. Badan sebesar perahu.Kamuka.? 

Assamualaikum. Dia berdiam saja dan memerhati saya.Saya tak mahu minta apa-apa kerana bukan niat saya nak bertemu dgn dia.Saya tahu dlm mulutnya pasti ada benda sebabtu nulutnya tak d buka. Kalau d buka saya terpaksa ambil tapi bukan niat asal saya.Kurang lebih sepuloh minit saya melihat kebesaran Ilahi.Isyarat saya berikan padanya supaya cukuplah. Dia pun perlahan-lahan turun dan air pun tak berkocak.Saya mengikutnya dari belakang. Ya Allah banyaknya.

Saya terasa letih dan dahaga. Segera balik ketempat duduk.Saya tak boleh cerita apa yang yang d lihat tadi. Itu adalah untuk saya saja. Yang bolih saya katakan tasik itu amat istimewa.Sambil meraba-raba mencari air minum, ternampak jam sudah 3 pagi. Lepas mnum air, setangi d nyalakan lagi.Tak lama lepas tu datang lagi tupai kelabu menghampiri cahaya setangi.Saya masih teringat apa yg d lihat didalam tasik tadi.Sebelum ini tak pernah saya dengar cerita tentang mahluk seperti itu menjaga Tasik Dayang.Kalau saya tahu seram juga nak ke situ.

Shukurlah kerana segalanya selamat.Apa pulak dah ni. Yang tadi ka .Hitam dan tinggi. Beliau hanya memerhati saya saja.Tak apa kerana zahir beliau untuk memastikan saya selamat dari apa-apa bahaya.Zikir d teruskan juga.Air tasik d belakang saya tadi diam saja,dah mula berombak semula. Sesekali saya memandang kebelakang kerana terasa ada sesuatu tapi tak nampak d lidungi pokok besar. Ombak tasik semakin kuat. Terasa sejuk badan saya kerana d hembus angin d pukul 3 pagi.

Sejuknya . Ini ,tentu 20 cel. Saya memakai sehelai lagi baju. Kalau d Gunong Jerai sejok ini dlm pukul 4 pagi . Kelihatan d sebelah kanan dan kiri mereka(tok) masih lagi mengawal saya. Saya terfikir ini mesti ada sesuatu bahaya menghampiri saya. Sebelum ketasik itu saya telah d beritahu oleh orang  bahawa terdapat banyak ular kapak merak.Tapi tak apalah . Saya hanya berserah kpd Allah yg maha menggetahui dan itu semua haknya. Setangi hampir padam. Tak ingat saya  dah berapa batang setangi d bakar oleh saya. Terasa wangi pula kali ini.Wanginya wangi bunga Melor. Sapa pula ni. Ini pasti waingian org tu.Masa masih ada lagi 2 jam ke suboh. Harap- harap tak ada apa yg akan membuat kaki saya terangkat dari tanah. "2 jam lagi, Panjang ni!" >bisik hati sayaRentak zikir saya semakin perlahan kerana keletihan dan sejuk. Kadang -kadang dagu terketar spr duduk dalam cold room. "Kenapa sejok sangat ni?". Saya bertanya pada diri sendiri. Bunyi apa pun sekarang ni saya tak peduli .

Ada binatang merangkak munuju saya dlm keadaan sejuk ni. Saya tak tahu apa binatang tu kerana tak nampak. Tiba- tiba hampir dekat dgn paha kanan saya, bunyi merangkak itu hilang. Shukurlah usikkan itu tak  menakutkan saya.Jam sudah 5 pagi. Suasana sunyi telah d usik bunyi binatang dari arah belakang saya. Saya rasa itu bunyi  kera memanggil rakan-rakannya . Tak lama selepas tu terdengar pula suara burong dari puncak bukit arah matahari naik. Saya masih ada 30 minit lagi untuk berdiam diri. Zikir d teruskan sehingga 6 pagi tanpa ada lagi gangguan. Tepat jam 6 pagi, saya cuba bangun dari tempat duduk tapi tak boleh. Kedua belah kaki kebas dan tak boleh d betul. Perlahan- lahan saya betulkan kaki dan berdiri sambil memegang batu tempat saya sandar tadi. Saya membetulkan sejadah dan waktu masih gelap. Wuduk saya masih ada dan saya terus sembahyang suboh, berdoa dan dgn ini selesailah ujian saya (SEMALAM D TASIK DAYANG BUNTING)

.Selepas itu saya tertidur hingga jam 7.30 pagi. Saya bangun dan ketepi tasik untuk mandi. Air tasik agak sejuk d waktu itu. Jam 8 Pagi, saya mula beredar kepelantar d dlm tasik dan menunggu staff yg menjaga tasik tu dtg bekerja. Lebih kurang jam 10 pagi, pekerja tasik mulai turun ketasik dan mereka terkejut melihat saya sedang baring d atas pelantar. Saya pura-pura buat lena kerana nak dengar apa akan mereka cakap tentang saya.Macam-nacam depa cakap. Ada yg kata saya hidup lagi ka?.Ada yg kata gilakah dia ni. Saya hanya mampu tersenyum saja. Tak larat nak jawab soalan mereka. Sampai hari ni pun masih ada org bertanya fasal ni

Ada yg pelawa saya makan kueh . Waktu tu saya terasa kenyang. kenyang dek kerana apa yang saya telah kerjakan berhasil tak ternilai. Saya berihat saja d pelantar tasik menunggu jam pukul 5 baru boleh saya balik rumah. Rumah saya ketika itu d belakang sek men teknik.Budak-budak tu mula tinggalkan saya kerana pelancong mula datang ketasik dan tugas mereka pun bermula. Saya melangkah naik kebatu besar tepi tasik untuk berihat dan memgenangkan apa yg berlalu. Mulai hari itu tugas saya berkaitan dgn pendedahan siapa keturunan Mahsuri sebenar bermula. Doa saya telah d terima oleh Allah.Tauhid,kusyuk dan hasil dari ini mulai saya rasai.Saya terasa amat berdosa sekiranya saya tak dedah perkara sebenar berkaitan Mahsuri.Inilah yg telah saya katakan dari awal forum ini satu kerja yg bukan mudah.Saya terfikir juga apa kekuatan yg saya ada untuk melawan atau mengelak segala kemunkinan yg akan timbul sekiranya  d dedah cerita tentang Mahsuri dan sumpahannya.Pada saya sudah tersenarai nama-nama penting yg akan saya bersemuka secara terang atau secara senyap.

Jam dah hampir 5 ptg. Saya d ajak oleh pekerja tasik untuk pulang. Ada juga d antara mereka mengajak saya sambung lagi 1 mlm. Tapi utk apa kata saya pada mereka.
Kami ber6 mulai bergerak meninggalkan tasik. Saya menolek kebelakang danmemberi salam. Salah seorang mereka terdengardan bertanya "Abang bagi salam pada siapa?". Jawab saya "Pada orang yg menjaga saya semalam". Seram katanya. 

Jam 6 ptg barulah kami sampai d parking kereta sebelah rumah rehat Talikom Malaysia. Saya memereksa kereta saya yg d tinggal d situ. Tak ada siapa yg ganggu. Kami semua berpisah dan menuju kedistinasi masing-masing. D rumah tiada siapa yg ganggu saya kerana saya seorang diri. Mlm itulah baru saya telepon rakan terdekat dan TOK untuk memberitahu bahawa saya selamat pulang dari tasik. Mereka terkejuk. Sebab saya ketasik tanpa memberi tahu sesiapa pun pada hari itu. Hanya memberitahu mereka  akan ketasik saja. Macam -macam soalan mereka ajukan kepada saya.Mudah jawab saya segalanya dah selamat.

Selepas inilah baru saya menulis surat kepada Kerajaan Kedah d bawah MB Datuk Sri Syed Razak b. Syed Zain dan memaklumkan kepadanya akan catatan saya ini.Beliau sendiri mengarah orang berkaitan untuk bertemu dgn saya. Semua ini melalui surat rasmi kerajaan. 

3 comments:

  1. Salam pak tanggo, macam mana ya nk contact pak tanggo? perkara berkaitan keturunan mahsuri yang ke 7.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Diharapkan tuan boleh menghubungi saya. Saya baru tahu bahawa keluarga sebelah bapa keturunan mahsuri. Kami menetap di Penang. Moyang saya Embun dan Abdul Hamid.

    ReplyDelete

 
 
Blogger Templates