Pages

Wednesday, October 7, 2015

SOAL JAWAB

SOALAN: Dari pemahaman saya,adakah Mahsuri bukan penduduk asal Pulau Langkawi kerana en.Tanggo menerangkan asal usul Mahsuri serta semua yg berkaitan dgnnye.Saya tak berapa tahu mengenai sejarah Mahsuri melainkan dari sumber2 yg diperolehi dari bahan bacaan semata.Saya tak tau sejauh mana kebenarannya tetapi apa yg membuatkan saya tertarik mengenai Mahsuri ialah misteri yg menyelubungi Mahsuri itu sendiri...dari kisahnya yg di hukum bunuh sehingga sumpahan 7 keturunan serta selepas tamatnya sumpahan itu.As many people assume Aishah sebagai waris Mahsuri,pada mulanya saya teruja utk mengetahui ttg waris ni...kemudian saya mendapat satu info bahawa Aishah bukanlah waris Mahsuri sahaja malah ramai lagi berada di Pulau Langkawi serta negeri2 lain di utara Malaysia.Saya juga pernah terbaca di dlm forum ini menyatakan keturunan Mahsuri yg masih ada bermula namanya dgn Wan.Tak tau samada itu betul atau sebaliknya...Dan bila saya membaca semua post En. Tanggo,saya makin teruja utk mengetahui kisah Mahsuri dari warisnya sendiri... 

JAWAPANYang jelasnya carta keturunan kami spr d atas saya mulakan dgn Radin Masjoro dan isterinya Kuntum Bt Abdullah. Radin Masjoro dari Pulau Besar Melaka dan Kuntum Bt Abdullah dari Siam.Setelah berkahwin mereka menetap d Pulau Langkawi. Dari anak cucu mereka maka sampailah kepada kami.RAMAI.Keturunan Mahsuri dan Wan Derus dari anaknya Wan Hakim seorang pun tidak ada d P. Langkawi kecuali saya seorang. Keturunan Dari anak  ke2nya Wan Hamzah sedang d teliti sekarang ini dan bila dah siap akan d masukkan d sini.Keturunan Wan Hamzah ini ada dari SATUN hingga ke Taman Bukit Kepong KL.Dahulu negara tiada sempadan.Peristiwa perpindahan Radin Masjoro dari Pulau Besar berlaku sekitar kurun ke 16 lagi.Soal Aishah itu soal duit bukan keturunan. Tak semua keturunan kami memakai gelaran Wan.Saya akan jelaskan fasal wan bila sampai kecerita kenapa MOhd Salleh(atok saya ) tidak memakai gelaran Wan. Anda akan lebih jelas kalau anda ikut pendedahan ini hingga akhir

Untuk melihat soal jawab dengan lebih detail KLIK SINI

3 comments:

  1. salam en

    mohon dikongsi kelak tentang jalur keturunan mahsuri dari wan hamzah,, kerana sy juga tengah menyelidik asal keturunan saya, bila bc post en ni tb2 buat sy meremang krn terigt mimpi sy bbrpa tahun dulu tentang seorang gadis bernama kuntum, dan br2 ni bermimpi bertemu mahsuri

    ReplyDelete
  2. Saya memerlukan kepastian mengenai susur galur keturunan mahsuri..tolong email saya kerana saya tidak tahu bagaimana lagi untuk berhubung dengan anda.mohon tindakan.
    Email:iraeya99@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Saya memerlukan kepastian mengenai susur galur keturunan mahsuri..tolong email saya kerana saya tidak tahu bagaimana lagi untuk berhubung dengan anda.mohon tindakan.
    Email:iraeya99@gmail.com

    ReplyDelete

 
 
Blogger Templates