Pages

Saturday, October 3, 2015

MAHSURI DI LANGKAWI (SIRI 2)

Semasa Pandak Mayah mengadakan kenduri kahwin anak bongsu inilah , beliau mengunakan periuk besar bergaris pusat tiga kaki dan boleh memasak nasi untuk  beratus-ratus orang. Periuk ini ditempah  di Trang dan dibuat dari tembaga.

Setelah Mahsuri berkahwin, bapanya menghadiahkan kepadanya rumah . Tapak rumah asal itu sekarang ini berada tidak jauh dari pintu masuk makam. Rumah asal itu ialah sebuah rumah ketua kampong. Ukiran rumah itu diukir oleh Hj Sulaiman dari Pakistan. Beliau megambil masa hampir satu tahun untuk menyiapkan ukiran itu. Sehingga kini masih terdapat ukiran itu.
Setelah usia Mahsuri lebih kurang tiga puluhan, mereka mendapat seorang anak dan diberi nama Wan  Hakim. Selepas dua tahun mereka pula mendapat seorang lagi anak dan diberi nama Wan Hamzah.



Wan Derus merupakan seorang panglima. Antara sahabat-sahabat rapatnya ialah Syed Salim, Syed Bakhori, Syed Ali dan yang lain-lain lagi. Dalam tahun 1820an  Aceh telah menyerang Negeri Satun. Ketika itu negeri ini diperintah oleh Raja Bokhori iaitu anak kepada Tengku Alang Perkasa. Maka raja Satun pun meminta pertolongan  dari angkatan perang dari Pulau Langkasuka. Ketika itu Pulau ini dibawah perintahan Raja Satun.

Bertolaklah satu angkatan perang dari Pulau Langkasuka dan diketuai oleh beberapa orang panglima perang . Salah seorang dari panglima itu Wan Derus.
        Setelah beberapa hari dalam pelayaran, sampailah mereka ke Satun .Tidak berapa lama di Satun berlakulan peperangan antara angkatan Raja Bokhori dengan angkatan tentera Aceh. Dalam peperangan ini Aceh tidak menyerang  Satun dengan angkatan tentera  mereka sepenuhnya. Tetapi Aceh mengupah orang-orang Siam untuk menyerang Satun.

Peperangan ini berlaku disebuah tempat berhampiran pantai iaitu di Ban Khuan atau Ban Chuan. Peperangan ini berpihak kepada Satun. Dalam peperangan ini juga lah Raja Satun diselamat oleh Raja Siam dan membawanya ke Saiburi. Bila Satun aman sepenuhnya baru lah beliau pulang keSatun.

Ketika peperangan berlaku di Satun, Di Pulau Langkasuka pula sedang berlaku  peristiwa  di antara anak menantu Wan Embong sendiri. Orang-orang Wan Yahaya pula tidak ke Satun untuk membantu Raja Satun dalam peperangan menentang Aceh,

Wan Mahora, isteri kepada Wan Yahya dan kakak ipar kepada Mahsuri. Beliau merasa amat cemburu dengan Mahsuri terutamanya  Mahsuri  lebih mendapat perhatian dari orang-orang tempatan atau dari luar. Mahsuri juga pernah mendapat hadiah dari Raja Siam.Justeru itu juga keluarga Pandak Mayah juga tidak kurang  disebut atau disanjung orang.


Berputik daripada perasaan cemburu inilah, Wan Mahora memasang perisiknya yang kebetulan tinggal berhampiran dengan rumah Mahsuri.Beliau bernama Mak Udoh. Tapak rumahnya sekarang ini telah terbina tandas awam  berhampiran Makam Mahsuri.Mak Udoh hanya empat tahun lebih tua dari Mahsuri. Mereka juga berkawan baik lebih-lebih lagi mereka tinggal sekampung.

Deramang ialah seorang penjual kain dari seberang atau dari Sumatera. Beliau juga bersahabat dengan Wan Derus atau dengan keluarga Pandak Mayah sendiri.Tanda persahabatan mereka masih ada hingga ke hari ini dalam bentuk siling lama. Kerana beliau berniaga, sudah tentulah beliau akan rumah ke rumah untuk menjual barang-barangnya tidak kira waktu dan masa.

Kesempatan inilah diambil oleh Mak Udoh untuk menjalankan tugasnya untuk Wan Mahora. Inilah kesempatan yang amat baik bagi beliau untuk membantu Wan Mahora. Daripada perasaan cemburu berubah kepada hasad dengki dan seterusnya berlakulah fitnah.

Memang berlaku penjual kain bertandang ke rumah Mahsuri dengan tujuan menjual kain. Akan tetapi kesempatan ini diintai oleh Mak Udoh  dengan  mengatakan mereka berdua-duaan.Perkara ini telah dibawa oleh Mak Udoh ke pengetahuan Wan Yahya dan disokong kuat oleh Wan Mahora.

Maka Wan Yahya memerintahkan panglimanya ke Kampung Cenerai untuk membawa Mahsuri  meghadap Wan Yahya. Dengan tidak tahu tujuan apa-apa Mahsuri pun pergilah meghadap Wan Yahya atau abang iparnya. Amat terkejutlah Mahsuri ketika beliau dituduh berkelakuan tidak senonoh dengan penjual kain. Dalam kekalutan ini, penjual kain pula megambil kesempatan lari keluar dari Pulau Langkasuka . Beliau sempat manaiki kapal yang menuju ke Sumatra.

Dua hari Mahsuri ditahan di Kampung Jerat. Juga tidak mengaku olehnya walaupun diugut untuk dibunuh. Maklumlah perkara tidak dilakukan oleh beliau bagaimana hendak mengaku mengikut kehendak penuduh.

Hari kedua gemparlah orang-orang Kampong Cenerai dengan berita Mahsuri dituduh berkelakuan tidak baik dengan penjual kain.Bergegaslah mereka ke Kampung Jerat untuk mendengar berita itu. Ibu bapa Mahsuri juga bergegas kerumah Wan Yahya. Berbagai-bagai penjelasan diberikan oleh ibu bapanya tapi tidak diendahkan oleh Wan Yahya.

Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan oleh Pandak Mayah. Kerana kesemua orang-orang kuatnya pergi berperang.Tetapi orang-orang Wan Yahya ramai.Apa yang dapat dilakukan oleh Pandak Mayah, keluarganyadan sahabatnya hanya berdoa saja agar kebenaran berpihak kepadanya.

Masa berjalan , rayuan tidak di layan oleh Wan Yahya. Hukum bunuh hendak  dilaksanakan juga . Yang tidak bersalah tetap mengaku tidak bersalah walaupun diugut hendak di bunuh.

 Hari hampir senja. Mahsuri pun dibawa oleh orang-orang Wan Yahya ke tepi pantai.
Beliau pun diikat ke sebatang pokok cenerai yang sederhana besar.Pokok cenerai itu pula dikuatkan dengan sebatang buluh pancung. Tali untuk mengikat tangan Mahsuri dibuat oleh seseorang yang pandai. Tali itu dibuat dari empat jenis bahan yang berlainan iaitu dari kulit pisang benggala, rambut yang panjang, kulit pisang udang dan akar minyak.

Setelah tangannya diikat kuat oleh orang yang pandai,beliau tetap juga tidak mengaku dengan tuduhan itu.Orang yang menjalankan hukuman bagi pihak Wan Yahya ialah panglimanya bernama Alang Budiman. Mahsuri pula berpakaian kemas dan bertudung kepala hadiah dari suaminya yang terakhir. Disanggulnya tercucuk penyucuk sanggul merupai keris. Dilehernya tergantung seutas rantai emas berlokek. Didalam lokek itu tersimpan Quran kecil.

Kesemua orang kampungnya yang hadzir berada tidak jauh dari tempat hukuman itu termasuk ibu dan bapanya. Keris pertama diserahkan kepada Alang Budiman dan terus menikam ke dada Mahsuri tapi tidak berhasil. Ibunya jatuh pengsan. Diberi pula keris yang berlambang naga kepada Alang Budiman.Tiga kali Alang Budiman menggelilingi Mahsuri. Ditikamnya ke dada Mahsuri sebelah kiri dari arah belakang. Mahsuri masih tidak menyedari bahawa dadanya sudah ditikam.Beberapa lama barulah beliau merasa sakit. Ibunya sedar dari pengsan.

Selepas itu barulah ikatan ditangannya dibuka. Alang Budiman tidak lagi berada disitu . Keadaan ketika itu gempar dan sedih sekali. Mahsuri dipapah oleh ibu bapa dan rakannya keluar dari tempat hukuman. Setelah berjalan keluar ,dia berasa lemah dan jatuh di atas pasir.Beliau juga sempat meninggal beberapa pesanan kepada bapanya.
Kedaannya semakin uzur. Menyedari  masanya hendak dijemput Allah hampir dekat sekali. Dengan tenaga akhir beliau mencabut cucuk sanggulnya dan menikam ketanah dan terus bersumpah “ ……………………….hingga tujuh keturunan aku “ .Tempat hukuman itu dijalankan sekarang ini menjadi tempat letak kereta antara gerai makan dengan Sek.Keb. Padang Matsirat.

Hari sudah hampir malam. Berita  Arwah Mahsuri mati dibunuh tersebar ke merata kampung. Pada malam itu juga mayat arwah  diusung oleh orang-orang kampung Pandak Mayah balik ke Kampung Cenerai. Bermulalah  zaman Pulau Langkasuka disumpah oleh Arwah Mahsuri. Hujan turun selama tujuh hari tanpa henti.

Setelah mayat arwah Mahsuri tiba dikampungnya , kerja-kerja berkaitan pun dilakukan oleh orang-orang kampong seperti membaca  “  Yassin “ dan lain-lain lagi.

Hari berikutnya barulah arwah dikebumikan dihadapan rumahnya sendiri. Arwah meninggal dalam usia lebih kurang 34 tahun dengan meninggal dua orang anak Wan Hakim  2 tahun, dan Wan Hamzah 8 bulan.Hari-hari berikutnya keadaan  masyarakat kampung Cenerai merasa sedih dengan apa yang telah berlaku. Lebih-lebih lagi pada keluarga Pandak Mayah.

Genap tujuh hari arwah Mahsuri dijemput Allah, pada suatu malam telah berlaku satu keajaiban di rumah Wan Yahya. Tiba-tiba rasuk rumahnya patah. Amat terkejut mereka semua. Keesokannya mereka semua terus megambil keputusan untuk berpindah . Wan Mahora tidak mahu ikut serta tapi dipaksa oleh Wan Yahya untuk berpindah. Dalam keadaan yang tidak sempurna, mereka berpindah menuju Satun. Turut serta dalam rombongan itu ialah seorang panglimanya bernama Alang Budiman..

Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya pun tiba di Satun. Tidak berapa hari di Satun  beliau pun jatuh sakit hingga mulutnya herot ke kiri. Beliau pun berubat dengan beberapa orang bomoh. Salah seorang bomoh itu mengatakan sakitnya itu berlaku disebabkan oleh beliau sendiri iaitu membuat keputusan tanpa selidik terlebih dahulu.

Tidak berapa lama selepas itu, beliau menceraikan isterinya. Beliau berpindah lagi dan tinggal di suatu tempat bernama Pakbara.Beliau mempunyai dua orang anak laki-laki. Pertama bernama Wan Ayob dan kedua bernama Wan Ishak. Kedua –dua anak mereka pula menetap bersama ibunya di Satun.

Setelah enam bulan Wan Yahya di Pakbara, beliau pun berkahwin pula dengan orang Pakbara bernama Salini. Salini bekerja sebagai tukang jahit dan Wan Yahya sebagai nelayan.Tidak berapa lama selepas mereka berkahwin, berpindah pula mereka ke Phatalong. Disinilah Wan Yahya meninggal dunia. Selepas enam bulan, isterinya pula meninggal dunia akibat diracun orang. Perkahwinan mereka tidak mendapat seorang anak pun.

Wan Mahora. Setelah berapa lama menetap di Satun, beliau serta dua orang anaknya pula berpindah ke Songkla. Beliau menetap di Songkla sehingga akhir hayatnya.

Mak Udoh. setelah sebulan pemergian arwah Mahsuri. Beliau pula meninggal dunia dipanah petir ketika sedang memancing di laut bersama rakannya.Beliau mati tidak berkubur.

Deramang penjual kain yang sempat meloloskan dirinya dan menaiki kapal menuju ke Sumatra pula menerima kemalangan di atas kapal. Beliau meninggal dunia di atas kapal disebabkan oleh ditimpa tiang kapal yang patah.

Peperangan di Satun sudah pun tamat. Kemenangan berpihak kepada raja Satun. Beberapa barang hadiah  dikurniakan oleh baginda raja Satun kepada Wan Derus dan orang-orangnya. Maka berangkatlah mereka kembali ke Pulau Langkasuka. Setelah beberapa hari dalam pelayaran maka sampailah mereka ke Pulau Langkasuka.

Di Kampung Pengkalan kapal sanak saudara menunggu mereka kerana ada yang cedera dan lemah dan perlu diberi rawatan. Tidak kurang juga berita yang didengar dan diceritakan diantara mereka.

Wan Derus senang dengan tugas yang telah diselesaikan  ketika di Satun . Tetapi lain pula setelah beliau pulang ke Pulau Langkasuka. Hadiah di Pulau Langkasuka pula amat menyedihkan beliau dan boeh membawa kepada pergaduhan di antara keluarga sendiri.

Beliau dan dibantu dengan sahabat-sahabatnya dapat mengawal keadaan yang kalau tersilap hitung boleh membawa kepada pembunuhan. Beliau menerima saja takdir yang telah menimpanya dengan penuh sabar dan berserah kepada Allah.

Dalam seminggu setelah arwah Mahsuri meninggal, Pandak Mayah tidak dapat melihat lagi barang-barang peninggalan arwah. Dikumpul olehnya barang-barang itu dan diberi kepada seseorang untuk menjaganya.

Ibu dan kakak-kakak arwah tidak lagi dapat menahan kesedihan yang menimpa mereka. Mereka sentiasa mendoakan agar mereka dipendekan umur. Maka selepas setahun pemergian arwah, ibunya pula dijemput Allah. Ibunya juga disemadikan tidak jauh dari tempat arwah disemadikan.Tidak lama selepas itu pula turut diikuti oleh dua orang kakaknya. Kakaknya juga disemadikan ditempat yang sama.

Setelah beberapa lama Wan Derus tinggal bersama dua orang anaknya, beliau pun meminta izin dari Pandak Mayah untuk meninggal Pulau Langkasuka. Setelah keizinan
diberikan oleh Pandak Mayah barulah beliau berpindah dan tidak pulang lagi.

Bekalan untuk beliau dan anak-anaknya pun disediakan oleh keluarga dan rakan-rakannya. Tiba hari berpindah, beliau pun dihantar oleh orang–orang  terdekat hingga ke pantai. Maka belayarlah mereka ke destinasi yang dirahsiakan. Bersama beliau turut serta ialah  kawan rapatnya. Setelah sampai ke tempat yang di tujunya maka bermudiklah mereka menyusuri sungai dan sampai ke suatu daerah bernama Trang .Beliau dan anak-anaknya pun menetap di Trang. Beliau tidak lagi berkahwin. Beliau sendiri membesarkan anak-anaknya. Beliau juga mengajar ilmu agama kepada orang-orang sekitarnya. Beliau memilih Trang untuk menetap kerana di sini beliau mempunyai ramai kenalan.

Setelah beberapa lama beliau menetap disitu, sahabatnya berangkat pulang ke Pulau Langkasuka dengan tujuan untuk menyampaikan berita kepada Pandak Mayah. Sahabatnya itu berulang alik setahun sekali di antaraTrang dan Pulau Langkasuka.

Pandak Mayah, setelah kematian isteri dan anak-anaknya beliau pun berpindah ke tempat Wan Derus. Sebelum berpindah beliau memberi barang-barang kepada sahabatnya untuk dijaga dan diserah kepada anak-anak cucunya di kemudian hari. Rumah  asalnya pun hendak diroboh tetapi dicadang oleh sahabatnya supaya tinggalkan untuk tatapan anak-anak cucunya. Cadangan itu diterimanya. Maka kekalah ukuran rumah itu hingga kehari ini.


Setelah tiba masanya berpindah ,beliau pun berpindahlah ke tempat cucunya tinggal dengan ditemani oleh sahabat Wan Derus tadi dalam usianya tujuh puluhan. Semasa perpindahan itu beliau membawa bersamanya persalinan ketua kampung termasuk kasut capar, Keris Wali,tengkolok, lebai dan lain-lain barang.Tiba di Trang menetaplah beliau bersama menantu dan cucu-cucunya.Mereka membuat kerja seperti biasa  untuk menyara kehidupan harian.

Lebih kurang sepuluh tahun Pandak Mayah berada di Trang ,beliau pun uzur. Oleh itu beliau pun meminta agar beliau dihantar pulang ke Pulau Langkasuka.Pulanglah beliau ke Pulau Langkasuka dan ditemani oleh orang harapan . Setiba di Pulau Langkasuka beliau tinggal bersama saudaranya. Hari berganti hari. Pandak Mayah semakin uzur. Beliau meninggal di Pulau Langkasuka dan disemadikan di Pulau Langkasuka. Berita kematian Pandak Mayah disampaikan kepada Wan Derus oleh penyampainya.

Setelah sekian lama di Trang , Wan Hakim pun dewasa. Beliau dikahwinkan dengan Umi Kalsom dari Pathalong. Setelah berkahwin beliau tinggal berasingan dari bapanya. Lebih kurang 86 tahun usia Wan  Derus maka meninggallah beliau. Beliau disemadikan oleh orang-orang kampung. Makamnya sekarang ini terletak di belakang Masjid Trang yang imamnya sekarang ini bernama Hj. Ramli.

Wan Hakim dan isteri. setelah beberapa tahun mereka kahwin, maka dikurniakan dua orang anak laki-laki. Anak pertama bernama Wan Mohd Salleh dan yang kedua bernama  Wan Mohd Zaidi. Wan Mohd Zaidi dua tahun lebih muda dari abangnya.

Setelah usia Wan Mohd Salleh 10 tahun, Wan Hakim sekeluarga berpindah pula ke Pathong  (atau Pathongmoi). Mereka tinggal di satu kampung  yang tidak jauh dari pantai .Kerja harian mereka adalah bertani dan ke laut.

Wan Mohd Salleh ketika usianya 18 tahun dengan keizinan ibu dan bapanya , merantau pula beliau untuk belajar ilmu agama. Beliau merantau hingga sampai ke Naratiwat. Di Naratiwat beliau belajar disebuah  sekolah pondok di Daerah Weng. Beliau berguru dengan seorang sheikh selama tiga tahun.  Selepas pengajian beliau terus berniaga kain dan batu pemata. Beliau berurus niaga hingga ke Saiburi.

Setelah umur Wan Mohd Salleh 25 tahun, beliau berkahwin dengan orang  dari Saiburi bernama Wan Siti Hajar Bt Wan Alias. Mereka menetap  di Ban Yala. Disini mereka mendapat seorang anak perempuan dan diberi nama Cik Aa.

Sementara itu di Phatong, Wan Mohd Zaidi meninggal dunia dalam usia 17 tahun kerana demam panas.

Wan Mohd Salleh dan isteri setelah mendapat anak pertama , mereka berpindah lagi. Kali ini mereka berpindah hingga ke negeri Kedah. Setelah mendapat tempat yang sesuai mereka membina rumah dan menetap di situ. Pekerjaan mereka bersawah , menangkap ikan dan kerja-kerja kampung yang lain. Selepas menetap di Kedah, mereka mendapat lima orang lagi anak. Anak kedua bernama Cik, ketiga Embong, keempat Fatimah,kelima Aishah dan keenam laki-laki bernama Nan.Hari ini yang masih ada hanyalah Fatimah saja dan usianya hampir 80 tahun  Kakak-kakak dan adiknya sudah pun meninggal dunia. Fatimah ialah ibu kepada Abdul Ghoni. Beliau mempunyai 12 orang anak.

Cik Aa pula berkhawin dengan Awang. Mereka menetap di Kampung Kubang Jelai dalam Daerah Pendang. Mereka mendapat beberapa orang anak. Anak sulungnya bernama Abdul Rahman.Awal tahun 60an Cik Aa meninggal dunia melewati suaminya. Beliau dimakamkan di perkuburan Islam Kampung Rambai.

Abdul Rahman pula berkahwin dengan Saodah. Mereka mendapat beberapa orang anak.Mereka menetap di Kampung Gelam jalan Tanah Merah. Beliau meninggal di awal tahun 2000 kerana  lumpuh.

Anak pertama Abdul Rahman bernama Abdul Ghani. Setelah berkahwin. Beliau mendapat beberapa orang anak. Anak yang pertama bernama ********. Mereka sekeluarga tinggal di pekan Pokok Sena, Kedah. Sekarang usia anak sulongnya  lebih kurang 17 tahun.

Apa yang dikatakan tujuh keturunan aku oleh arwah Mahsuri dalam ucapan sumpahnya ialah dikira dari dirinya, anaknya yang sulung dan seterusnya kepada cucu cicitnya yang sulung tidak kira samada laki-laki atau perempuan. Cartanya seperti berikut,


1        MAHSURI
2        WAN HAKIM
3        WAN MOHD SALLEH
4        CIK AA
5        ABDUL RAHMAN
6        ABDUL GHANI
7        *****


    Demikian  secara ringkas cacatan keturunan moyang saya yang dapat dicari, dicatat  dan disimpan oleh saya sejak diberitahu olih nenek saya lagi. Pencarian ini memakan masa sejak saya masih kecil dan berpindah ke Pulau Langkawi pada tahun 1983 hingga ke hari ini.


15 comments:

  1. Admin, sampai masa dan ketika nanti, nak sangat tahu siapa individu berkenaan, waris ketujuh mahsuri penamat sumpahan itu. Kalau benar dah lahir, alhamduliLLah. Jangan dibiarkan perkara ini berlarutan. Kesian semua rakyat Malaysia, especially penduduk Langkawi dan peminat sejarah Mahsuri, tertipu dengan apa yang dipaparkan beberapa tahun kebelakangan ini

    ReplyDelete
  2. Untuk pengetahuan Awesome Senpai, maklumat yg sy dpt drpd En tanggo,waris ke7 telah dilahirkan. Detail x dpt sy bgthu DEMI keselamatan WARIS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aslm muhammad naim ...mohon jasa baik en ..wassap saya ke nmber 0149007829 ...hal mustahak

      Delete
    2. As salam..wan aishah tu kira nya bukan lah keturunan yg ke-7? ini bermakna dh kira slh disisi undang2 hak asasi manusia
      1. menipu semua rakyat malaysia dan dunia
      2. memprrbodohkan rakyat
      3. ketidak adilan
      4. jika benar wan aishah fake, kenapa gambar2 wan aishah berada disitu?
      jika benar situasi ini (keturunan ke 7 wujud tp di rahsia kan) aku berpendapat, mungkin waris ke 7 tersebut meninggal baru didedah kan...

      Delete
    3. As salam..wan aishah tu kira nya bukan lah keturunan yg ke-7? ini bermakna dh kira slh disisi undang2 hak asasi manusia
      1. menipu semua rakyat malaysia dan dunia
      2. memprrbodohkan rakyat
      3. ketidak adilan
      4. jika benar wan aishah fake, kenapa gambar2 wan aishah berada disitu?
      jika benar situasi ini (keturunan ke 7 wujud tp di rahsia kan) aku berpendapat, mungkin waris ke 7 tersebut meninggal baru didedah kan...

      Delete
    4. As salam..wan aishah tu kira nya bukan lah keturunan yg ke-7? ini bermakna dh kira slh disisi undang2 hak asasi manusia
      1. menipu semua rakyat malaysia dan dunia
      2. memprrbodohkan rakyat
      3. ketidak adilan
      4. jika benar wan aishah fake, kenapa gambar2 wan aishah berada disitu?
      jika benar situasi ini (keturunan ke 7 wujud tp di rahsia kan) aku berpendapat, mungkin waris ke 7 tersebut meninggal baru didedah kan...

      Delete
    5. Agak panjang dan sulit utk d perjelaskan semua. sampai saat ini.hal ini telah d nilaikan beratus juta dan lebih. Ada pihak menghalang supaya hal ini d lenyapkan saja dan keturunan yg dedah ini d hapuskan saja.Ini adalah kehendak dari pihak Siam dan dari Kedah. ,. Guna utk menutup malu hingga ke UNESCO. DNA dah ada, semua dah selesai.Amat malang kalau hal ini d teruskan...........oleh mereka.

      Delete
  3. Bgaimana dengan wan aisyah? Waris ketujuh lgkawi? Harap beri pnjelasan

    ReplyDelete
  4. Dia anak orang Kedah . bukan anak Nawawi. D kira anak tak betul.Ramai yg tahu tapi tak berani bercakap.

    ReplyDelete
  5. pagi2 raya haji ni tetiba timbul rasa nak search peristiwa mahsuri. memang menarik. semoga segala hal dipermudahkanNYA

    ReplyDelete
  6. KISAH ASAL MELAYU...
    DARI KITAB SHEIKH DAUD AL FATANI....

    "Kisah Kerajaan Kedah Tua Melalui Kalam Ulamak Amalan Pusaka Khalifah Wali Islam "

    Bukan Melalui Sarjana Barat...

    Kedatangan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani Bersama 11 Sahabatnya Yang Lain Di Puncak Gunung Jerai,Kedah Darul Aman

    Kisah Yang Diceritakan Oleh Tuan Guru Syekh Ahmad Junaidin,seperti yang
    di ceritakan oleh Syekh Mahmud Nasri Usmani(Anak Murid Tok Kenali) seperti yang di ceritakan oleh Sultan Badlishah Kedah terdahulu pada Tuan Guru seperti yang ditulis di dalam beberapa Buku@Kitab,Ceramah Kuliah Tuan Guru kepada Murid-Muridnya di dalam Jemaah Abjad dan Warga Melayu.

    Sejarah PengIslaman Penduduk Di Tanah Melayu Oleh Syekh Abdullah Al Qumairi melalui Pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa :

    Islam bermula apabila Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani menghantar 12 orang muridnya yang diketuai oleh Sayyid Syeikh Abdullah Bin Abdul Qumairi daripada Baghdad ke Gunung Jerai pada kadar satu langkah dalam waktu zohor

    Melalui Perjalanan Lipat Bumi Yakni Karamah Yang Dizahirkan Oleh Allah dengan Satu Langkah atau seperti Pegerakkan Tikar atau Karpet yang di gulung

    Azan yang pertama dilaungkan di Puncak Gunung Jerai pada Waktu Zohor.

    5 kali Azan, Asar,Magrib,Isyak dan Subuh.

    Selepas Azan Zohor ke -2
    Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi menghadap Raja Phra Ong Mahawangsa di Istana Bukit Meriam(Lembah Bujang)

    Mereka tidak melakukan apa apa serangan dan hanya mengambil tempat Uzlah selama 40 hari dan tidak secara tergesa gesa untuk melakukan kerja mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa

    Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan 11 Sahabatnya mengambil Tapak Langkahan Hulubalang dan Kafiat Adab sebagai Persiapan menentang Ilmu Istidraj oleh Raja Phra Ong Mahawangsa

    Raja Phra Ong Mahawangsa beserta Sami saminya dan kesemua Puak yang disebut tadi menyerang Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi dan 11 Orang Sahabatnya dengan segala bentuk Sihir dan Silap Mata melalui Latihan Pertahanan Diri,Perbomohan,dan lain-lain cara.

    Agama yang dianuti ketika itu adalah Hindu dan Budha atau Sembahan Permujaan Patung dan Kepercayaan Animisme yang lain

    Raja Phra Ong Mahawangsa juga menjemput Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani ke dalam Istana dan mempamerkan ilmu Istidrajnya namun berjaya di patahkan oleh Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi dengan Langkah Gerak Hulubalang yang di zahirkan oleh Allah kepadanya (Seumpama Kisah Nabi Musa Menentang Sihir Pengikut Firaun)

    Kesemuanya itu tidak memberi bekas dan hasil.

    Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bala Tenteranya datang menghadap Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan bertanya kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi :

    Apakah yang Tuan Pakai ?

    (Raja Phra Ong Mahawangsa Menyangkakan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi mengamalkan Ilmu Sihir sepertinya)

    Kami jumlah yang besar kalah dengan kamu jumlah yang kecil !

    Sayyid Abdullah Al Qumairi menyebut Islam !

    Apabila ditanya Apa itu Islam?

    Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi menghuraikan dengan Panjang Lebar...

    Raja Phra Ong Mahawangsa terus menerima Islam sebagai Agama melalui Ucapan "Talqin Syahadah" dan memerintahkan Pembesar-pembesarnya menerima Agama Islam.

    Apabila Raja masuk Islam,Pembesar Pembesar pun turut masuk Islam diikuti Rakyat Jelata.

    Mereka datang dengan Tempayan dan Gelas untuk menjamu Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi.Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa perintah Tempayan dan Gelas dimusnahkan kecuali mangkuk kaca Baginda yang di cuci bersih dan dihadiahkan kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi .

    ReplyDelete
    Replies

    1. Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi pun menyebut

      هذا قدح دار الأمن

      Haza Qodah Darul Aman

      بالد ت طيبه ورب غور

      Negeri yang Baik(nyaman) dan Aman sedang (Tuhanmu) adalah Maha Pengampun

      (Surah Sa"ba -15)

      Negeri Kedah Dinamakan Sempena Bekas Minuman Arak Yang Selalu Diminum oleh Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bekas itu kemudian di pecahkan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi lalu hari itu disebut perkataan "Haza Qodah Darul Aman" iaitu Negeri Yang Aman Bebas Segala Jenis Syirik,Kufur,Kafir,Munafik dan Murtad dan segala Jenis Perbuatan Thoghut setelah menerima Islam..

      Perkataan Gelaran Al Mala U (Melayu) telah diberikan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kepada Penduduk Kedah ketika itu yang ada pelbagai warna kulit dan keturunan yang terdiri dari Arab,Parsi,India,China,Monggolia dan 24 Jenis keturunan

      Gelaran Al Mala U bermaksud Bangsa Yang Menerima Agama Islam (Bangsa Yang Beragama)

      Juga digelar Ahli Jawi Jadid kerana menulis Tulisan Jawi dan bertutur dalam Bahasa Melayu

      Nama Raja Phra Ong Mahawangsa kemudian ditukar kepada Raja Muzaffar Syah dan berguru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kemudian diarahkan Pembinaan Menara Masjid di Puncak Gunung Jerai.(Menara Azan Tertinggi di Asia Tenggara Kerana Berada Di Puncak Gunung Jerai )

      Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi adalah Guru Murabbi paling Kanan kepada Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani

      Ketika Pembinaan Menara Puncak Gunung Jerai Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi jatuh Sakit lalu Wafat

      Setelah itu Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Guru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Qumairi telah datang melawat Puncak Gunung Jerai dan kemudian telah Melantik Raja Phra Ong Mahawangsa dengan memakai Gelaran Sultan (Yang Pertama Di Alam Melayu)

      Sultan istilah Bahasa tanpa Menuntut Jawatan Khalifah

      Sultan juga bermaksud Ketua@Pemimpin kepada Orang Beriman

      Wilayah yang berada di Wilayah Sultan dan Kerajaan Taklukkannya secara Automatik menjadi Wilayah Bangsa Al Mala U atau Milik "Islam Melayu Melayu Islam"

      Dikatakan juga pada Tahun 1187 Masihi Tentera Al Mala U yang berpusat di Kedah telah menghantar 10 Ribu bala Tentera untuk membantu Sultan Salehudin Al Ayubi pada Misi Perang Salib ketiga di BaitulMaqdis dan hasilnya mereka berjaya merampas BaitulMaqdis(Tak pernah dinyatakan dalam Sejarah)

      Pandangan Syekh Ahmad Fatani mengenai Bangsa Al Mala U

      " al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya", takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah "me" (Me-layu)"

      Delete

  7. Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.

    "Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.

    "Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.

    "Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.

    "Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka."

    Sumber Kitab Hadiqatul Azhar

    "Digelarnya mereka ini kumpulan atau kelompok Melayu kepada mereka yang tinggal di Wilayah Kepulauan Melayu yang bermula di Utara Segeting Kera Thailand dan Timurnya di Filipina,dan Selatannya di Sempadan Australia,dan hingga di Kepulauan Madagascar"
    - Syeikh Ahmad Junaidin

    "Islam Melayu Melayu Islam"

    Walahualam

    ReplyDelete
  8. Sampai saya telah diburu dgn 28 senjata Dan ratusan santer.Senjata ke 28 ialah sniper diarah oleh orang dikenali ramai.

    ReplyDelete

 
 
Blogger Templates