MB Kedah dtg keLangkawi utk mengiring PM melawat Langkawi
ketika tu. Masa tu lah beliau memanggil saya ke air port
utk berjumpa. Saya juga sibuk ketika tu. Masa d bagi hanya 30 minit saja. Pasti
tak sempat nak drive dari Kuah ke situ. Jadi saya tangguh saja.
Selepas tu MB Kedah mengarah setiausaha sulitnya menulis surat kpd Majlis Tindakan Pelancongan Kedah( Datuk Mansur) dan seterusnya Datuk Mansur pula menulis surat kepada Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah dgn tajuk yg sama dan ccnya kepada exco dan pegawai kerajaan berkaitan. Kesemua surat-surat ini ada dlm simpanan saya.
Seterusnya Persatuan Sejarah menghubungi
saya untuk bertemu. Tarikh d tetapkan oleh mereka. Kami bertemu dgn mereka d
bilik musyarat Lada. Saya d temani oleh 3 orang saksi saya. Mereka pula d
ketuai oleh pengurusi persatuan sejarah(Datuk Wan Shamsudin) Prog Datuk Said
dari USM. setiausaha persatuan sejarah dan Ku... dari Muzium Kedah bertindak
sebagai juru gambar.Kami mula bertemu dan berbincang dari jam 2 petang hingga
4.30 ptg.
Pertemuan ini d penggerusikan olih Datuk Wan Shamsuddin, Datuk Wan juga adalah Pakar srjarah Kedah dan bekas guru saya d SMPS dulu. Dua tahun beliau mengajar saya dlm Bahasa Melayu dan sejarah......Mereka mengajukan berbagai soalah. Saya menjawab soalan mereka tanpa merujuk kpd apa-apa catatan.
Pada mereka masing-masing ada catatan sama dgn yg d serah kpd
MB Kedah. Saksi-saksi saya tugas mereka hanya memerhati saja mereka. Pakar
sejarah bertanya pada saya "Catatan ini dari mana dan siapa yg
cari?". Jawab saya semua ini dari saya sendiri . Ini adalah amanah dari
atuk saya (cucu Mahsuri yg sulong) yg suruh saya mencari keturunan sendiri.
Beliau pesan kpd saya waktu saya masih kecil lagi. Dia suruh mencari sampai
jumpa dan baru tahu siapa keturunan kita.Dia bercakap dlm longhat Patani atau
Naratiwat. D Naratiwatlah tempat beliau belajar ilmu ugama." Macam mana
boleh dapat semua ini?". Jawab saya "Adalah cara kami tersendiri
". "Sudah berapa lama mencari?". Jawab saya " Sudah 20
tahun lebih"."Kenapa selama ni berdiam saja?". Jawapan
saya agak panjang
Yang penting sekali soal-soal apa benda atau barang-barang
bukti yg ada pada saya. Keduanya,sibuk dengan kerja semakin hari semakin banyak
serentak dengan perubahan Langkawi sebagai pulau bebas cukai.Ketiga ,kerana
sudah ada orang mengeluarkan versi mereka dengan tujuan untuk mencari wang .
Keempat soal-soal keselamatan saya dan versi saya. Soal keselamatan tak dapat
saya hurai dengan jelas kerana ia melibatkan individu berkepentingan dalam
kerajaan.
Seterusnya soalan d tanya pula oleh setiausaha persatuan berkaitan mengapa saya mengeluarkan cerita ini. Jawab saya mudah saja . Pertama kerana IHDINASIROTOLMUSTAKIM. Kedua kerana menunai amanah dari atok saya sendiri. Saya berjawab begitu kerana, telah banyak berlaku kekeliruan tentang keturunan Mahsuri. Bagi saya kalau saya tak jelaskan ,apa akan berlaku d hadapan ALLAH kelak kerana saya dah tahu. Semua orang yg telah d ceritakan oleh mereka akan menuding jari kepada saya d hadapan ALLAh nanti. Nahas saya.
Apa yg mereka wawarkan sekarang ini adalah kerana produk pelancongan(duit) ,menutup salah laku seseorang dll.Mereka juga tanya soalan aneh kpd saya........ Katanya kalau benar cerita saya kemana Aishah nak d letakkan. Jawab saya ringkas. "itu bukan soal atau masaalah saya."
Lepas tu gileran Prop. USM pula. Dia kata inilah
pertama kali dia melihat dan membaca catatan yg lengkap. Sebelum ini tak pernah
lagi dia tenguk. Ulasan dia itu membuat kami memandang sesama
sendiri. Beliau ada bertanya kpd saya "Ada bermi ka tentang soal
ini?" . "Ada juga " jawab saya. Dia terus meminta saya
menunjukkan barang-barang yg d bawa . Hari itu saya mambawa keris sumpahan 7
keturunan, kain tudung yg d pakai oleh Mahsuri ketika beliau d tikam,1 keping
siling Yassin 9 berbentuk bujur dan 1 keping siling yg bergambar Kaabah dan
Masjid Nabi d Madinah
Pusingan pertama sudah selesai. Seterusnya mereka tak
sabar-sabar nak tengok barang yg d bawa . Satu persatu barang saya tunjuk kpd
mereka d mulai dgn keris sumpahan Mahsuri, keris Wan Derus, Kain tudung yg d
pakai oleh Mahsuri ketika beliau d tikam dan 2 siling lama.
Mula- mula d belek oleh Datok Wan Shamsuddin akan keris tu. Saya tanya dia tentang makna ayat d sarung tu. Dia pun tak tau. Saya d beritahu ayat tu ialah ayat pemecah kebal.Agak lama dia membelek keris tu dan d ikuti pula oleh setiausaha PSM..CK dan oleh Prop dan diakiri oleh Pak Ku dari Muzium kedah. Pak ku lah yg megambil gambar kesemua barang.
Mula- mula d belek oleh Datok Wan Shamsuddin akan keris tu. Saya tanya dia tentang makna ayat d sarung tu. Dia pun tak tau. Saya d beritahu ayat tu ialah ayat pemecah kebal.Agak lama dia membelek keris tu dan d ikuti pula oleh setiausaha PSM..CK dan oleh Prop dan diakiri oleh Pak Ku dari Muzium kedah. Pak ku lah yg megambil gambar kesemua barang.
Selepas keris d tunjuk, d ikuti pula dgn keris Wan Derus. Seperti tadi juga, mereka membelek dan bertanya tentang keris tu. Diikuti pula dengan kain tudung Mahsuri. Ada yg mencium kain tu, Ada juga terketar tangan utk nak lipat kembali. Kain tu agak reput sedikit dari jenis kain kasa yg d beli oleh Wan Derus dari Satun. Inilah pemberian hadiah terakhir dari Wan Derus kpd isterinya. Di ikuti pula dgn duit siling. Seperti biasa mereka membelek. Datuk Wan berkata inilah buat pertama kali dia tengok siling Yassin bujur telur. Siling ini juga yg tak dapat d ambil gambar oleh Pak Ku. Entah kenapa. Banyak kali d cuba tapi tak dapat. Perjumpaan ini memakan masa 2 setengah jam dengan tanpa henti d aju soalan oleh mereka. Apa yg d catat d sini sebahagian saja soalan dan jawapannya.
Jam dah 4.30pm. Kami semua bersurai dari bilik
mesyuarat LADA. Kata Datok Wan kita akan berjumpa lagi. Tapi sampai hari ni
beliau diam saja >Kadang-kadang saya ada juga hubungi beliau.Saya dan
rakan-rakan singgah d gerai makan Lada. Kami berbual fasal perjumpaai tadi. Ada
rakan bertanya pada saya macam mana saya boleh jawab tanpa henti walaupon
soalan d aju tidak menentu arah. Saya jawab padanya ,saya pun tak tahu.Mereka
ketawa fasal gelagat Datuk kerana beliau berkata cerita ni beliau refer kpd
Cikgu Mae.......(pengutip hasil kubor sekarang ni )
Sekarang kamu baru faham kenapa saya suruh kamu
semua duduk diam dan memerhatikan saja mereka.Seorang rakan berkata
amat anih seorang pakar sejarah mengaku bahawa beliau refer kpd cikgu pencin.
Kami tak tanya pun hal ni tapi beliau yg beritahu. terukkkkkkkkkkk macam ni
kata seorang kawan saya. Itulah yg d katakan SI LANGKANAS.Kami makan dan sambil
mengingati apa yg terlaku dalam bilik mesyuarat tadi. Penoh dgn geli hati.
Saya ingatkan rakan-rakan bahawa tahun-tahun tercabar telah bermula.
Saya tahu siapa cikgu pencin tu dari rakan sekolahnya. Mulai saat ni kita
perlulah berhati-hati kerana SI LANGKANAS ada agenda sulitnya. Jangan takut
,yakin kita benar ALLAH tak akan lupa kita. Dugaan pasti ada dan hikmahnya
banyak.Kami pun bersurai pada jam 6 ptg
Selepas bersurai kami masing-masing dengan urusan hidup
tersendiri. D rumah saya sentiasa teringat akan cabaran yg saya sendiri akan
hadapi. Ini sudah pasti orang akan marah. Terutamanya org yg menistiharkan
Aishah adalah penamat sumpahan. Sekarang baru mereka tahu muslihat atau rencana
mereka rupanya sedang d perhati oleh orang. Nah ini adalah satu penghalang
besar bagi mereka.Bagi saya apa pun penghalang mendatang akan terpaksa dihadapi
jua kerana ujian pertahanan diri d Tasik Dayang d kira lulus.Hari
bertukar hari. Saya mulai merasai kurang enak. Badan terasa lemah. Nak lihat
cahaya matahari mata rasa pedih. Nak makan tekak terasa seperti ada jarum.. Badan
mulai rasa gatal dan kadang kala panas.
Masa tu saya mulai merasai telah terkena sihir. Kesemua orang
berkaitan telah d maklumkan.Hari kehari saya manunggu org yg akan berubat
saya,Masa inilah saya tak dapat keluar rumah,hanya tidur saja .Kadang -kadang
saya terlupa untuk membaca Alfatihah, lupa hari, tak boleh ingat.Kadang kala
badan terasa seperti d cucuk oleh benda tajam. Ketika ini saya amat suka duduk
d dalam bilik yg gelap. Tak suka cahaya walaupun cahaya tv.
lebih kurang 2 minggu, maka datanglah org mengubat saya.Mereka keluarkan benda yg d taman d depan rumah dalam bungkusan kain. Ada 4 jenis barang dlm bengkusan tu spr sonak udang,rambut,tulang anjing hitam dan tulang kongkang. Semua barang tu d matikan dan d bakar d tempat itu juga.Baunya agak busuk.Selepas itu saya d mandikan dan d beri minum penawar.
lebih kurang 2 minggu, maka datanglah org mengubat saya.Mereka keluarkan benda yg d taman d depan rumah dalam bungkusan kain. Ada 4 jenis barang dlm bengkusan tu spr sonak udang,rambut,tulang anjing hitam dan tulang kongkang. Semua barang tu d matikan dan d bakar d tempat itu juga.Baunya agak busuk.Selepas itu saya d mandikan dan d beri minum penawar.
No comments:
Post a Comment