Radin Masjoro berasal dari Pulau Besar.Ibu dan bapanya
menetap dan meninggal di Pulau Besar.Beliau merupakan seorang peniaga batu
permata dan emas. Beliau sentiasa berulang alik dari Negara Timur Tengah ke
Nusantara ini melalui Pulau Langkasuka. Ke Negeri Siam juga pernah beliau
berurus niaga. Pulau Langkasuka pula pernah menjadi tempat persingahannya.
Setelah kemangkatan kedua ibu bapanya, beliau terus berpindah
ke Pulau Langkasuka. Semasa beliau berniaga ke Siam ,beliau berkenalan dengan
seorang perempuan yang bernama Kuntom Bt Abdullah. Mereka pun berkhawin dan
menetap di Pulau Langkasuka.
Setelah mereka menetap di Pulau Langkasuka, mereka meneruskan
perniagaan hingga ke Negeri Cina sambil belajar ilmu agama.
Hasil dari perkongsian hidup mereka,dikurniakan dua orang
anak. Pertama bernama Ratna Sari dan yang kedua bernama Ratna Dewi.
Setelah anak kedua dewasa, dikahwinkan pula dengan Lah B. Mat
Piah berasal dari Pattani.Hasil dari perkahwinan mereka itu, mendapat dua
orang anak. Pertama bernama Umayyah dan yang kedua bernama Ishatul.
Umayyah pula berkahwin dengan Karma yang berasal dari Pulau
Langkasuka.Keluarga Karma ini menetap disebuah kampung yang bernama Kampung
Cenerai di Pulau Langkasuka. Mereka mendapat tujuh orang anak Anak keenam dan ketujuh
pula meninggal dunia ketika masih kecil lagi. Anak kelima mereka bernama Mayah
dan dipanggil dengan gelaran Pandak (Pandak Mayah)
Setelah umur Pandak Mayah lebih dari dua puluh tahun,
beliau berkahwin dengan Cik Alang. Cik Alang berasal dari Satun. Setelah usia
Pandak Mayah dua puluh empat tahun, mereka mendapat seorang anak perempuan dan
diberi nama Masiah.
Ketika usia inilah beliau dilantik oleh orang-orang
kampungnya menjadi ketua Kampung Cenerai yang pertama. Lengkap dengan pakaian
rasmi dan senjata.Penduduk kampungnya ketika itu berjumlah lapan ratus hingga
sembilan ratus orang.
Ketika usia Pandak Mayah dua puluh tujuh tahun, mereka
mendapat anak perempuan yang kedua dan diberi nama Masilah Setelah umurnya tiga
puluh dua tahun mendapat pula anak yang bongsu dan diberi nama Mahsuri.
Ketiga-tiga anak mereka perempuan. Pekerjaan harian mereka
adalah menanam padi huma ,ubi kayu dan sayuran-sayuran kegunaan
harian. Mereka juga ke laut sebagai nelayan.Pandak Mayah juga gemar memelihara
burung jinak seperti burung murai cacing, burung serindik, burung merbuk
dan lain-lain burung.Kepandaian beliau yang lain seperti memanggil
Pelanduk dengan cara memukul daun palas ke tanah. Mereka juga memelihara kerbau
,lembu serta kambing.Kalau di laut Pandak Mayah juga pandai mencari mutiara dan
dijual kepada saudagar dari Cina dan Siam.
Sebagai ketua kampung, segala permasalahan orang-orang kampungnya dirujuk kepada beliau. Beliau dikenali hingga ke Siam. Beliau juga mangadakan urusan niaga hingga ke Siam. Contohnya beliau membeli kopi ,kain dan lain-lain barang dari Siam dan menjual di pulau ini.Pandak Mayah juga pernah berkunjung hingga ke Siam dan menerima hadiah dari pembesar Siam.
Ketika Cik Alang megandung anak yang ketiga ( lebih kurang lima bulan ), beliau diberikan oleh seorang hamba Allah sebilah pisau wali di masjid tua Ulu Melaka. Pisau wali itu digunakan sebagai senjata peribadi sepanjang hayatnya. Di saat-saat akhir beliau mengandung ini juga , beliau mengidam hendak makan ikan bawal putih.. Bawal putih dapat dicari olih Pandak Mayah berhampiran Pulau Dayang Bunting. Terus dibawa pulang ikan itu untuk isterinya. Dimasak dan dimakan oleh Mandak Alang. Selepas dua hari beliau memakan ikan itu, beliau terus melahirkan anaknya yang ketiga pada jam lebih kurang sebelas malam dihujung bulan Ramadan. Air perigi digunakan untuk mencuci Mandak Alang dan anaknya. Perigi itu terletak agak jauh dari rumah mereka iaitu berhampiran surau Kampong Cenerai.
Dalam usia lima tahun lagi anak bongsu Pandak Mayah sudah belajar ilmu agama. Beliau belajar dengan seorang ustazah dari Pattani. Tempat mereka belajar ialah di surau Kampung Cenerai.
Dalam tahun 1810 Siam telah menyerang Pulau Langkasuka secara besar-besaran untuk menaklukinya. Malangnya mereka gagal dan ditentang hebat oleh panglima-panglima Pulau Langkasuka. Ketika perang ini jugalah beras dikumpul dan dibakar oleh Penghulu di Kampong Jerat. Tujuannya untuk tidak terlepas ke tangan orang-orang Siam.
Dalam ketika perang dengan Siam ini jugalah Mahsuri anak bongsu Pandak Mayah bertunang dengan Wan Derus Bin Wan Embong. Setelah Siam kalah dan Pulau Langkasuka kembali aman , mereka pun berkahwin dalam usia dua puluhan.

BERSAMBUNG..
Tunggulah selepas selasa nanti. panas atau sejuk
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan.
ReplyDeleteSaya terjumpa blog ini secara tidak sengaja tadi & terus membaca semuanya.
Kenapa blog ini terhenti disini?
Ada sambungannya diblog lain ke?
Semoga Allah memberikan kekuatan buat Tuan menyudahkan segala yang telah dimulakan.. InsyaAllah